Thursday, 29 March 2018

Giveaway Testing


Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada 15 Mac 2018 lalu, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Result Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Domain DotCom X 1 pemenang
Hadiah Kedua: Kopi Pak Belalang X 2 pemenang
Hadiah Ketiga: Tudung X 1 pemenang
Hadiah Keempat: Novel Baharu X 3 pemenang
Hadiah Kelima: RM20 X 1 pemenang
Hadiah Keenam: RM10 X 1 pemenang
Hadiah Ketujuh: Topup RM10 X 4 pemenang
Hadiah Saguhati: Topup RM5 X 2 pemenang untuk peserta terawal dan terakhir!

Kesemuanya 15 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:

2. Follow instagram berikut

3. Like Facebook berikut:

4. Follow Google Plus berikut:

5. Langgan saluran YouTube * Pokucu *

6. Buat entri bertajuk 'SPM Result Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:

   

8. Cuba teka berapa unit/aggregat yang Abam Kie perolehi semasa menduduki SPM tahun 1990 lalu. Sebagai 'clue', Abam Kie dapat Pangkat 1 (6 - 24 unit). Jadi pandai2lah teka, ye? Pemenang akan dipilih berdasarkan tekaan yang tepat. Sekiranya lebih daripada seorang peserta membuat tekaan yang tepat, maka peserta terawal akan memenangi hadiah berkenaan diikuti oleh peserta seterusnya. Pemenang seterusnya akan dipilih berdasarkan tekaan yang hampir tepat

9. Terbitkan.

10. Tinggalkan pautan entri giveaway dan tekaan anda di ruangan komen entri di SINI sahaja.

11. Siap!

Jika nak join GA ini sila klik di SINI atau banner di atas. Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 22 April 2018. SEKIAN. TERIMA KASIH.

Sunday, 21 January 2018

Traveloka Fly & Win CNY Contest


Traveloka adalah portal tempahan tiket penerbangan dan bilik hotel yang terulung di Malaysia kini memeriahkan lagi musim perayaan Tahun  Baru Cina dengan menganjurkan Traveloka Fly & Win CNY Contest. Wah! Bukan selalu Traveloka menganjurkan peraduan sebegini. Semalam Abam Kie sudah cuba menyertai peraduan ini sebab teruja nak dapatkan hadiah-hadiah yang menarik tu. Traveloka Fly & Win Contest ini berlangsung dari 22 Januari sehingga 28 Februari 2018. Lebih sebulan jugak tu! Peraduan ini berbentuk 'mini game'. 

Tanpa membuang masa, Abam Kie nak ceritakan syarat-syarat penyertaan contest ini. Pertama sekali, peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada Januari 2018 sahaja. Jadi budak-budak sekolah tak boleh join lagi la. Lepas tu, contest ini bermula dari 22 Januari sehingga 28 Februari 2018. Dengan kata lain semasa entri ni disiarkan, contest ini sedang berlangsung! Jadi kawan-kawan kena join secepat mungkin, tau! 


Sekarang abam kie nak terangkan cara-cara nak bermain permainan ini di laman web Traveloka tu. Mula-mula sekali pastikan kawan2 login ke laman web game ini dengan akaun FB aje. Pas tu kena klik anak panah untuk memulakan game tu. Kemudian kena klik 'TAP' kat skrin laptop untuk memastikan kapal terbang itu terbang di langit. Teruskan klik tap bagi memastikan kapal terbang berada di tengah2 skrin laptop sehingga kawan2 nampak angpow, bangunan, awan dan halangan muncul. Jika nampak angpow tu kawan2 kena sambar angpow tu dengan segera. Lagi banyak angpow yang berjaya disambar, lagi banyak skor atau markah yang berjaya diperolehi.

Akan tetapi jika ada halangan seperti awan dan objek keras, pastikan kapal terbang itu tidak berlanggar dengan halangan tersebut. Jika terlanggar, maka kapal terbang akan jatuh menjunam dan secara automatik 'game over'. Kena mula balik! Satu peringatan penting, jangan terbangkan kapal terbang tu terlalu tinggi sampai keluar dari skrin langit permainan! Jika tidak, permainan akan tamat atau 'game over' juga! Begitu juga jika kapal terbang menjunam jatuh ke tanah maka permainan juga dikira tamat. Jadi kawan2 kena pastikan kapal terbang itu berada di tengah2 skrin, OK? Jangan terlalu tinggi atau terjunam jatuh!

Kawan2 boleh mencuba berulang2 kali main game ni sehinggalah kawan2 mendapat lima skor tertinggi pada hari itu. Selepas berpuashati dengan 5 skor terbaik harian tu boleh la terus share atau kongsi skor2 berkenaan di wall Facebook kawan2. Jangan share lebih daripada 5X sehari, OK? Nanti kena dibatalkan penyertaan kawan2 tu, OK?

Berdasarkan pengalaman Abam Kie sendiri yang main Traveloka Fly & Win CNY Challenge inilah, abam kie merasakan sukar gak untuk memastikan kapal terbang tu terus berada di ruang angkasa permainan tu. Sedar2 dah terlanggar halangan dan terhempas ke bumi. Skor yang paling tinggi setakat ini ialah 30 sahaja. Huhuhuhu. Mungkin abam kie bukan gamer tegar. Untuk gamer tegar dan sejati tu rasanya tak ada masalah kot?
 


Sekarang Abam Kie nak ceritakan syarat2 tambahan contest ini. Untuk pengetahuan kawan2, contest ini ada dua peringkat iaitu kelayakan dan 'grand finale'. Untuk menyertai peringkat kelayakan, peserta wajib ada akaun Facebook tulen yang telah 'disetkan' kepada tontonan awam bagi tujuan penghantaran penyertaan mereka. Akaun Instagram, Twitter, Wechat dan lain-lain tidak boleh digunakan. Peserta juga perlu menjadi pengikut Traveloka Malaysia Facebook Fan Page.

Peserta2 dimestikan bermain Traveloka Fly and Win CNY Challenge di laman web rasmi yang disediakan oleh penganjur. Selain dari itu, peserta2 kena isi maklumat diri di dalam borang pendaftaran atas talian yang disediakan oleh Traveloka. Hanya 3 pemenang dengan skor tertinggi di pusingan kelayakan akan bertanding kembali di pusingan Grand Finale.


Peserta-peserta juga dikendaki berkongsi mengenai Traveloka Fly and Win CNY Challenge di laman Facebook masing2. Mereka dibenarkan berkongsi sebanyak 5 kali sehari di laman Facebook masing-masing. Itu adalah had maksima untuk share skor anda di FB. Jangan share lebih daripada had yang dibenarkan, OK? Nanti tak pasal-pasal penyertaan anda dibatalkan.

Tentu kawan2 tak sabar nak tahu apa hadiah yang bakal dimenangi di Grand Finale kan? Wow! Hadiahnya cukup lumayan! Ada 3 hadiah utama menanti para pemenang Traveloka Fly and Win CNY Challenge. Pemenang Hadiah Utama akan memenangi pakej pelancongan selama 6 hari dan 5 malam ke Seoul, Korea. Pakej pelancongan ini merangkumi tiket penerbangan dan penginapan untuk 2 orang! Naib johan akan memperolehi pakej pelancongan (tiket penerbangan dan penginapan) ke Phuket, Thailand selama 5 hari dan 4 malam untuk 2 orang juga. Manakala pemenang di tempat ketiga akan membawa pulang tiket penerbangan dan penginapan selama 4 hari dan 3 malam ke Langkawi juga untuk 2 orang! Lumayan kan? Manakala dua orang peserta yang kerap berkongsi  Traveloka Fly and Win CNY Challenge di laman Facebook mereka akan memenangi baucer Traveloka bernilai RM1000 setiap seorang! Jumlah kesemuanya 5 pemenang yang Traveloka cari! Jom apa lagi? Marilah kita pakat join Traveloka Fly and Win CNY Challenge ini!



Video khas sempena Tahun Baru Cina yang menyentuh hati perasaan dihasilkan oleh Traveloka amat patut ditonton oleh kawan2 setelah penat bermain Traveloka Fly & Win CNY Challenge ini. Video ini menceritakan tentang seorang ibu muda yang menyara hidup dengan jujur sebagai pemandu teksi, sambil membesarkan anak lelakinyanya yang belajar di sekolah rendah walaupun terpaksa menempuhi segala cabaran hidup dihadapan. Sepanjang masa dia menyimpan keinginan untuk melancong dan menunjukkan kepada anaknya mengenai keseronokan dunia di mereka. Contohnya, bila anaknya ingin ke Jepun, si ibu memakai pakaian ninja dan memberikan pedang mainan kepada anaknya. Biar pun tidak sampai ke Jepun, namun aura Jepun tu sudah dapat dirasai oleh anak lelakinya.Video ini berdurasi tiga minit dan 30 saat

Kempen ini sedang berlangsung di Malaysia dengan taglinenya, "Tahun Baru Cina ini, kami mahukan anda mengelilingi dunia ini dengan seseorang yang segala-galanya kepada anda." Kawan2 boleh menonton video ini di atas tu:


Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelma ini, marilah kita mengambil kesempatan bercuti ke tempat2 menarik dengan Traveloka. Kenapa mesti buat tempahan dengan Traveloka? Meh Abam Kie bagi alasan2nya:

1. Harga yang telus dan berpatutan.Semua harga yang dipaparkan adalah termasuk segala cukai, surcaj dan yuran pembayaran.

2. Harga rendah setiap hari dan tawaran ekslusif di applikasi mudah alih. Muatturun applikasi mudah alih Traveloka untuk mendapatkan kadar bilik terbaik dan promosi menarik!

3. Ulasan dari tetamu sebenar. Terdapat 2,000,000+ ulasan yang sah dari tetamu hotel sebenar yang dapat membantu rakan2 membuat pilihan yang tepat!

4. Tempat penginapan adalah terjamin. Kawan2 akan dijamin mendapat bilik hotel pada masa tempahan. Sekiranya terjadi bilik penuh atau masalah dengan tempahan maka Traveloka akan menggantikan hotel pada harga dan taraf yang sama tanpa kos tambahan.Atau pun wang kawan2 dikembalikan.
5. Pelbagai pilihan kaedah bayaran. Kawan2 boleh membayar menerusi kad kredit, kad debit, perbankan internet atau pun di kedai serbaneka 7-Eleven tanpa yuran transaksi.

6. Diskaun istimewa. Pembeli tiket penerbangan, pelanggan buletin Traveloka dan ahli Traveloka akan menikmati kadar bilik hotel yang terendah di pasaran!

7. Kerjamasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa untuk laluan domestik atau antarabangsa seperti Air Asia, Malindo Air, Malaysia Airlines, Lion Air, Firefly, Tiger Air, XJetstar, Garuda, Vietnam Airlines, Thai Airways, Singapore Airlines, Emirates, China Airlines dan lain-lain lagi bagi memastikan kawan2 sampai ke destinasi pelancongan yang dituju. 

8. Rakan kerjasama dengan rangkaian hotel antarabangsa dan domestik. Traveloka bekerjasama dengan rangkaian hotel di serata dunia bagi memastikan kawan2 menginap di hotel dengan selesa semasa melancong nanti.

9. Rakan kerjasama pembayaran yang kukuh dan boleh dipercayai. Traveloka bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan bayaran yang kukuh dan boleh dipercayai bagi memastikan setiap transaksi berjalan lancar dan tiada kerisauan! Contoh penyedia perkhidmatan bayaran ialah VISA, MasterCard, Amex, Maybank, CIMB Clicks, PBe, RHB, HongLeong Connect, Bank Islam, AmBank FPX, 7eleven iRakyat AffinBank, Alliance Bank, Bank Muamalat, OCBC Bank, Standard Chartered, UOB dan PayPal.

Jadi apa tunggu lagi kawan-kawanku yang baik hati! Jom kita menyertai Traveloka Fly & Win CNY Contest sambil memenangi hadiah2 hebat yang ditawarkan. Jika tak menang pun kita boleh menempah hotel dan tiket penerbangan di Traveloka sama ada di laman web atau applikasi mudah alih.